Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019. Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu rentetan daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018.

PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2019, tarikh UPSR akan bermula pada 4 September 2019 hingga 12 September 2019. Muat turun jadual peperiksaan UPSR 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk rujukan guru, ibubapa dan murid dalam merancang aktiviti atau program kecemerlangan.


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019

  • Jadual UPSR 2019 Calon Biasa (DOWNLOAD)
  • Jadual UPSR 2019 - Calon Berkeperluan Khas Kategori A (DOWNLOAD)
  • Jadual UPSR 2019 - Calon Berkeperluan Khas Kategori B (DOWNLOAD)


Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019 memberi infomasi kepada semua pihak dalam merancang program kecemerlangan bagi meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6.