Contoh Website Pengajaran Dan Pembelajaran STEM



Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics Education [STEM]) merupakan pendekatan pembelajaran kesemua subjek yang tersebut secara kolektif melalui pengabungjalinan serta mementingkan aspek amali (U.S. Dept. of Education, n.d., Hom, 2014).

Baca Apa Itu Stem

Hari ini saya nak kongsi beberapa website yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menerapkan pembelajaran STEM di dalam bilik darjah. Website ini membantu para guru untuk membuat penilaian formatif pelajar-pelajar dengan menarapkan unsur penggunaan ICT.

Antara website tersebut ialah 


Goformative -  https://goformative.com/

Formatif adalah aplikasi web untuk bilik darjah yang membolehkan guru memberikan tugasan secara langsung kepada pelajar, yang membolehkan pelarasan pengajaran segera dan pelajar secara jangka panjang.

Google Classroom - https://classroom.google.com/

Bilik Darjah Google adalah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah yang bertujuan memudahkan penyediaan, pengedaran dan penggredan tugas dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Bilik Darjah Google adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Edpuzzle -  https://edpuzzle.com/

Website untuk menghasilkan video pengajaran dengan memilih video dari pelbagai laman web, edit video supaya memberi kefahaman kepada pelajar melalui video. Melalui edpuzzle, guru-guru boleh mengetahui  jika pelajar menonton video, berapa kali mereka menonton video dan adakah mereka memahami kandungan video tersebut

Quizizz - https://quizizz.com/

Website untuk menghasilkan kuiz seperti game untuk setiap subjek. Kuiz percuma boleh dihasilkan untuk setiap subjek dan pelajar boleh bermain kuiz ini di kelas dan di rumah. Pilih kuiz yang sedia ada atau buat sendiri untuk semakan, penilaian formatif, dan banyak lagi.

Plickers - https://www.plickers.com/

Plickers adalah alat yang sangat mudah yang membolehkan guru mengumpul data penilaian formatif masa nyata tanpa memerlukan peranti.

Banyak lagi sebenarnya website yang boleh digunakan untuk menerapkan pengajaran dan pembelajaran STEM di dalam bilik darjah dan di rumah. Nanti saya akan update di lain masa.

Tutorial oleh Cikgu Wan
أحدث أقدم