Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2019



Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 9 September 2018 hingga 30 November 2018.

Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

Sila klik pautan berikut untuk memohon. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.

< Permohonan Bagi Tingkatan 1 >
< Permohonan Bagi Tingkatan 4 >



Sumber: Mara
أحدث أقدم