Download Aplikasi eKehadiran Murid KPM


Aplikasi android eKehadiran murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dimuat turun di Apps Store bagi tujuan pengisian kehadiran murid secara pantas.  eKehadiran Murid bertujuan merekodkan kehadiran murid oleh guru kelas dengan lebih mudah.

Download di sini





Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan untuk merekodkan kehadiran murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna.

Modul Utama:

a) Guru kelas mengemaskini kehadiran murid di kelas pada setiap sesi persekolahan

b) Guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh

Untuk menggunakan aplikasi eKehadiran murid, guru kelas hanya perlu memasukkan no ic dan password yang sama dengan website APDM (https://apdm.moe.gov.my)



Semoga bermanfaat. Jangan lupa SHARE
أحدث أقدم