Cara Semak Markah Prestasi Di HRMIS


Cara Semak Markah Prestasi Di HRMIS.  Human Resource Management Information System (HRMIS) atau dikenali juga sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah aplikasi perdana kerajaan persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

HRMIS dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi sumber manusia dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital serta mempercepatkan proses sumber manusia (HR).

Cara Semak Markah Prestasi Di HRMIS


Hari ini, semua penjawat awam di semua agensi kerajaan boleh mula menyemak markah prestasi mereka pada tahun yang lepas melalui laman web HRMIS.  Jika terdapat pertanyaan berkaitan markah prestasi boleh berhubung dengan Urus Setia PPSM masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh markah diumumkan.

Mungkin ada di antara penjawat awam tidak berpuas hati dengan penilaian markah prestasi mereka bolehlah berhubung dengan urus setia PPSM masing-masing.

Cara untuk menyemak markah prestasi secara online ialah

1.Buka website HRMIS2 . Log in pengguna dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan. Pastikan anda memasukkan nombor ID yang betul bagi mengelakkan akaun di sekat buat sementara waktu.


2. Klik laporan penilaian prestasi tahunan di bawah bahagian Pengurusan Prestasi



3. Klik pada modul Fungsi seterusnya Penilaian Prestasi dan Pegawai Yang Dinilai



4. Halaman seperti di bawah akan terpapar. Selepas itu klik Slip Keputusan bagi melihat markah prestasi anda pada tahun lepas.



5. Markah Penilaian prestasi akan terpapar seperti di bawah. Anda bolehlah print slip markah keputusan untuk simpanan.  Sebarang pertanyaan berkaitan markah prestasi boleh berhubung dengan Urus Setia PPSM masing-masing



Semoga perkongsian tentang Cara Semak Markah Prestasi Di HRMIS memberi infomasi kepada semua penjawat awam dalam menyemak markah prestasi masing-masing

.Untuk maklumat cepat dan pantas, subscribe channel terbaru kami t.me/cikgupress
أحدث أقدم