Pengambilan Calon Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM Ambilan 2019


Pengambilan Calon Tingkatan 6 (Tahfiz) Ambilan 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima (5) Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz) yang ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah bagi Ambilan Mei 2019 seperti berikut:

Mohon di sini

Muat turun Iklan Permohonan

Keterangan



  1. Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.

  2. Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

  3. Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil

Syarat Permohonan Pengambilan Calon


Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :

  1. terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak
    kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun
    permohonan semasa;

  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  3. memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau

  4. murid Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang kurangnya gred C dan telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk; atau

  5. murid sekolah tahfiz swasta memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C serta telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3.

Cara Membuat Permohonan



  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang (web url) http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz mulai 13 Mac 2019.

  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

Makluman dan Perhatian



Tarikh Tutup Permohonan


22 Mac 2019 (Jumaat), Jam : 11.59 Malam

ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah & 2 No 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7200

Atau

JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
Aras 7, Lobi 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
62604, Putrajaya No. Telefon : 03-8889 0033
** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan 6 tahfiz.

Portal Rasmi
http://portal.mpm.edu.my/home

Pewartaan Subjek Tahfiz
http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/d2c91960-e242-4d11-aa4a-a17000b613dc

Sukatan Pelajaran Tahfiz dan Kertas Soalan Contoh
http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/898eef51-a80c-4178-91e9-57108afae2a8

Semoga perkongsian berkaitan Pengambilan Calon Tingkatan 6 (Tahfiz) Ambilan 2019. dapat memberi infomasi kepada pelajar atau ibubapa yang berminat untuk menyambung pengajian di tingkatan 6 (Tahfiz) ini.

Sumber: KPM
أحدث أقدم