Permohonan Ke Tahun Satu Ambilan 2020 Dan 2021


Permohonan Ke Tahun Satu Ambilan 2020 Dan 2021. Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 akan dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019.  Anak-anak yang lahir pada tahun 2013 dan 2014 yang kini berumur 5 dan 6 tahun boleh didaftarkan mulai 1 Mac 2019.

Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan). Pendaftaran awal memudahkan ibubapa untuk mengesahkan penempatan anak-anak di bawah jagaan mereka.

Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM) merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendaftaran secara online ini memudahkan ibubapa untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka

Tarikh Buka Permohonan Ke Tahun 1


Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 akan dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Permohonan ke tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2013 dan 2014 boleh dilakukan secara online di https://public.moe.gov.my/

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, sebelum membuat pendaftaran, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan penjaga. Jika tidak tahu cara untuk mendaftar, sila rujuk sini

Selepas membuat permohonan secara online, ibubapa perlu mencetak borang permohonan dan membuat pengesahan di sekolah dalam tempoh 14 hari. Antara dokumen yang diperlukan semasa membuat pengesahan ialah,

Dokumen untuk pengesahan



  1. Sijil lahir anak (asal dan salinan)

  2. Kad pengenalan ibubapa (asal dan salinan)

  3. Surat nikah / cerai (asal dan salinan)

  4. Bil yang ada alamat

  5. Laporan doktor dan kad OKU

Bagi ibubapa yang telah membuat pendaftaran secara online pada tahun 2018, ketika anak berumur 5 tahun tidak perlu lagi membuat pendaftaran pada tahun 2019 ini. Hanya perlu membuat semakan dan kemaskini jika ada sebarang perubahan.

Jika terdapat keciciran dalam membuat permohonan secara online atau daftar lewat kelahiran, ibubapa boleh membuat permohonan secara manusia di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS.

Manakala bagi permohonan 1/2020 untuk murid tanpa dokumen, bolehlah mendaftar di PPD dengan mengisi borang MWTD selepas 15 Disember 2019. Dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan Ke Tahun Satu Ambilan 2020 Dan 2021

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Tahun 1



  1. Permohonan dibuka : 1 Mac 2019

  2. Permohonan ditutup : 30 April 2019

  3. Pendaftaran lewat dibuka:1 Mei 2019

  4. Pendaftaran lewat ditutup : 15 Disember 2019

  5. Rayuan dibuka : 1 Ogos 2019

  6. Rayuan ditutup : 31 Ogos 2019

  7. Mula pengesahan penempatan: 1 Ogos 2019

  8. Tamat pengesahan penempatan : 30 September 2019

  9. Surat penempatan: 1 Ogos 2019

  10. Surat rayuan : 1 Oktober 2019

Semoga perkongsian Permohonan Ke Tahun Satu Ambilan 2020 Dan 2021  dapat memberi infomasi kepada semua ibubapa dalam membuat pendaftaran secara online.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
أحدث أقدم