Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Julai - September 2019


Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi Julai - September 2019. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal moe.gov.my akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:


Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2019;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2019;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2019 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2019.

Permohonan Dibuka

Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 17 JUN 2019 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).


Maklumat Lanjut Urusan Kenaikan Pangkat


Maklumat lanjut berkaitan urusan kenaikan pangkat boleh rujuk di website sini ePangkat dan MOE


Semoga perkongsian tentang Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Julai - September 2019 memberi infomasi kepada semua pegawai yang akan memohon kenaikkan pangkat pada tahun ini.


Baca juga Manual Pengguna Sistem e-Pangkat 2019

أحدث أقدم