8 Teknik Belajar Last Minutes Yang Berkesan


8 Teknik Belajar Last Minutes Yang Berkesan. Ramai di antara pelajar lebih suka belajar last minutes kerana bagi mereka belajar last minutes lebih berkesan. Namun belajar last minutes mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pelajar. Walaubagaimanapun, belajar last minutes sangat penting jika tarikh peperiksaan semakin hampir.

Apa-apa pun, persediaan lebih awal memudahkan pelajar untuk mengulangkaji topik-topik yang belum mereka kuasai terutama topik yang memerlukan mereka menggunakan daya ingatan untuk mengingat.

Hari ini, saya nak kongsi teknik belajar last minutes yang biasa digunakan oleh pelajar-pelajar universiti termasuk saya Bagi yang belum mula membuat ulangkaji. Jangan risau dan stress. Ada masa lagi. Baca dulu teknik belajar last minutes yang boleh dilakukan untuk membuat pecutan terakhir.

Rujuk Balik Nota

Baca dan rujuk nota-nota ringkas yang telah disediakan. Kadangkala guru-guru memberi nota ringkas supaya mudah difahami. Merujuk nota ringkas lebih mudah difahami berbanding membaca keseluruhan buku teks atau buku rujukan,

Cari kata kunci

Semasa membaca nota atau bahan rujukan cari kata kunci yang mudah diingat kerana kata kunci membantu pelajar untuk mengingat sesuatu fakta atau konsep dengan jelas.

Baca atau ulangkaji topik yang penting

Jangan lupa untuk baca dan ulangkaji topik-topik yang penting. Bukan semua topik tidak penting, tetapi baca topik yang sukar untuk kita kuasai. Kemungkinan soalan yang ditanya akan berkisarkan kepada sesuatu topik yang sukar dikuasai oleh pelajar. Baca beberapa kali untuk mengingat.

Cari isi-isi penting

Rujuk nota ringkas dan hafal atau memahami info-info yang penting seperti definisi, fakta, kaedah penyelesaian masalah dan sebagainya. Tulis balik info yang penting kerana ia membantu kita mengingat kembali isi-isi penting.

Belajar berkumpulan

Belajar secara berkumpulan semasa belajar last minutes juga adalah teknik belajar yang berkesan. Kita boleh share segala info dengan ahli-ahli yang lain. Melalui perkongsian dengan ahli kumpulan perbincangan, ia dapat mengukuhkan lagi daya ingatan kita tentang sesuatu topik yang dipelajari.

Belajar untuk menghafal

Semasa mengulangkaji last minute, kaedah menghafal sesuatu topik penting menggunakan kaedah akronim sangat digalakkan. Contohnya untuk menghafal tentang keperluan asas dan hasil fotosintesis boleh menggunakan kaedah akronim
CAKK OK = Cahaya matahari + Air + Kanji + Klorofil = Oksigen + Kanji

Boleh juga guna kaedah menyusun abjad pertama untuk membentuk cerita. Contohnya hafal tentang susunan planet
Ultraman Ziarah Bumi Menentang Musuh Zalim Untuk Neelofa = Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neelofa

Buat latihan

Membuat latihan semasa belajar last minutes adalah penting terutama membuat latihan soalan-soalan yang lepas. Biasakan diri dengan menjawab soalan dengan betul dan teknik menjawab soalan yang betul.

Imbas topik sepintas lalu

Selesai mengulangkaji sesuatu topik, buat imbasan topik tersebut sepintas lalu untuk menyemak sama ada kita faham atau tidak topik tersebut. Mungkin kita boleh melakukan self-explanation dengan bercakap sorang-sorang tentang topik tersebut. Lebih baik jika mengulangkaji secara berdua atau bertiga dengan kawan.

Penting semasa belajar last minutes, pastikan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Jaga permakanan adalah yang paling utama semasa peperiksaan semakin hampir. Jangan lupa untuk bertanya kepada guru-guru jika tidak tahu menjawab soalan atau tidak tahu menyelesaikan sesuatu masalah. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

Tips Exam Oleh Cikgu Wan
أحدث أقدم