Program Penajaan KPM Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0)


Program Penajaan KPM Tahun 2019 Program Khas IR 4.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui infomasi di laman web moe.gov.my menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian berteraskan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia bagi ambilan Tahun 2019.

Program IR 4.0 mengambil kira hasrat Kerajaan melalui inisiatif pendidikan bertaraf dunia dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam mengharungi revolusi industri 4.0. Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan kohort pertama dijangka akan bermula pada September 2019.

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 21.06.2019 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7087 untuk maklumat lanjut.

  1. Hebahan Penawaran Kemudahan Penajaan Program IR4.0
  2. Lampiran 1 Syarat-Syarat Permohonan IR 4.0
  3. Lampiran A Senarai Bidang IR 4
  4. Lampiran B Carta Alir Permohonan Penajaan Dan Cuti Belajar 2019
  5. Lampiran C Senarai Penyakit Kronik

Dokumen Permohonan

  1. KPM(BBP)LD1 2019 Borang Permohonan Mengikuti Pengajian 2019
  2. KPM(BBP)LD2 2019 Borang Perakuan Ketua Jabatan
  3. KPM(BBP)LD3 2019 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan
  4. KPM(BBP)LD4 2019 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan
  5. KPM(BBP)LD5 2019 Borang Maklumat Politik
  6. Senarai Semak Cuti Belajar 2019

Semoga perkongsian tentang Program Penajaan KPM Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0) memberi infomasi kepada semua pegawai yang berminat untuk membuat permohonan ini


Sumber: KPM

أحدث أقدم