Pelaporan Terkini PBD Tahap 1 Secara Online


Pelaporan Terkini PBD Tahap 1 (Online). Melalui portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), satu pelaporan secara online dengan menggunakan google drive (GD) telah dimuat naik bagi memudahkan guru-guru tahap 1 untuk mengisi data Tahap Penguasaan (TP).

Pelaporan terkini Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara online menggunakan GD adalah untuk kegunaan Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran dalam membuat pelaporan pentaksiran murid dengan lebih mudah dan berkesan.


Mengikut BPK dalam panduan menggunakan pelaporan GD, pelaporan secara online ini memberikan cadangan alternatif kepada Guru Kelas bagi memudahkan pengisian data dan mengelakkan guru mata pelajaran menunggu giliran untuk mengisi Tahap Penguasaan (TP) menggunakan satu komputer sahaja dalam suatu masa.

Muat turun Panduan Menggunakan Google Drive untuk mengisi pelaporan

Panduan ini menggunakan pendekatan online dengan aplikasi Google Drive dan ia diberikan secara percuma kepada semua pengguna melalui akaun Google sendiri. Selain dari Google Drive, Guru Kelas juga boleh menggunakan tapak yang lain seperti One Drive dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

Muat turun borang pelaporan terkini dengan klik link di bawah atau boleh melayari portal BPK.

Borang Pelaporan PBD Tahap 1 Secara Atas Talian

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua guru. Jangan lupa SHARE

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

أحدث أقدم