Semak Gantian Cuti Rehat (GCR) Di HRMIS

Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Semak Gantian Cuti Rehat (GCR) Di HRMIS


Pada kali ini, Cikgu Press ingin berkongsi cara untuk menyemak bilangan Cuti Rehat yang disimpan untuk dibawa ke pencen dan ditebus sebagai Gantian Cuti Rehat melalui HRMIS. Cara- cara untuk menyemak GCR telah ditunjukkan melalui gambar di bawah.













Pengiraan Gantian Cuti Rehat (GCR)


Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari. Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.



Jika tidak mahu mengira GCR secara manual, kita boleh menggunakan Sistem Pengiraan GCR Version 2018 yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Muat turun di SINI

Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat 


Baru-baru ini, semasa pembentangan Budget 2020, kerajaan juga membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai kepada penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

Penjawat awam yang telah memenuhi syarat penebusan awal GCR bolehlah berbuat demikian jika mahu menggunakan wang tersebut.


Rujukan: Jabatan Perkhidmatan Awam, HRMIS


أحدث أقدم