Awas Hand Sanitizer Tiruan


Info/Infografik: KKM Bahagian Farmasi

Mungkin ramai yang sedang mencari hand sanitizer masa musim Covid-19 sekarang kan? Berhati-hati bila membeli terutamanya di online.

Mana tau bila barang sampai rupa-rupanya produk tiruan yang tidak berkesan untuk menyahkuman.

Peniaga pula tolong jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi.

Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau tidak melebihi 3 tahun penjara.

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan tersebut. Semak dahulu sebelum klik:

  1. No. notifikasi kosmetik (bagi hand sanitizer) atau 
  2. No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram (bagi disinfectant)

Elakkan membeli hand sanitizer daripada sumber yang diragui seperti media sosial dan platform e-dagang.

Jika anda masih ragu-ragu dengan ketulenan hand sanitizer yang dibeli, sila hubungi pengilang yang sah produk tersebut untuk mendapatkan kepastian.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Goole Play atau App Store.

Maklumat lanjut sila layari Pharmacy

Sumber: KKM via telegram
أحدث أقدم