Tuisyen SPM Percuma Melalui Zoom


Tuisyen SPM Percuma Melalui Zoom Sempena PKP. Sudah sedia maklum bahawa tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditangguh pada tahun hadapan seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr. Radzi Jidin.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) fasa 3 ini, sekolah masih belum dibuka susulan dari penularan wabak COVID-19 yang belum berakhir.

Walaupun PKP masih berkuatkuasa, ini tidak bermakna sesi pembelajaran tidak boleh diteruskan. Pelbagai medium boleh digunakan untuk mengulang kaji isi kandungan pelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun 2021.

Untuk pengetahuan guru dan pelajar, SPMflix.com telah mengadakan sesi tuisyen secara langsung dan percuma kepada pelajar di rumah sendiri melalui kelas Zoom online. Kepada calon-calon SPM yang mempunyai akses internet bolehlah menggunakan peluang yang ada untuk mengikuti Kelas Online Zoom fasa 2 bermula 15 April hingga 28 April 2020 yang dikendalikan oleh BAC Education dan LEARN melalui SPMflix.com.

Guru yang  mengajar di Kelas Online Zoom akan mula bersiaran secara langsung setiap hari pada  jam 9.00 pagi-11.00 pagi dan 3.00-5.00 petang.Jika ada permasalahan bolehlah mengutarakan soalan tersebut kepada mentor di kelas Zoom.

Untuk melihat jadual waktu pembelajaran Kelas Online Zoom dan links, sila layari SPMflix.com. Kepada calon=calon SPM, jangan lepaskan peluang ini. Sila SHARE post ini untuk rakan-rakan dan anak didik sekalian.

Untuk jadual waktu dan Links kelas Zoom KLIK SINI
أحدث أقدم