Soalan Lazim (FAQ) Pergerakan Guru Kembali Ke Sekolah

pergerakan guru kembali ke sekolah

KPM telah membuat ketetapan berkaitan pergerakan guru ke tempat bertugas melalui Surat Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Kembali Ke Tempat Bertugas bertarikh 4 Jun 2020. 

Pengetua dan Guru Besar (PGB) perlu memberikan pertimbangan kepada guru untuk kembali ke tempat bertugas dan melaksanakan tugasan di sekolah. Ketetapan ini selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2020

Soalan Lazim (FAQ) Pergerakan Guru Kembali Ke Sekolah


Dalam tempoh 9 hingga 23 Jun 2020 


1. Adakah semua guru perlu berada di tempat bertugas selepas tamat Cuti Pertengahan Tahun pada 7 atau 8 Jun 2020?

Ya, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat Pemakluman Mengenai Arahan kepada Guru Kembali ke Tempat Bertugas bertarikh 4 Jun 2020.

2. Bagaimanakah jika guru mengalami masalah untuk kembali ke tempat bertugas?

Guru hendaklah memaklumkan dan mendapatkan pertimbangan Pengetua/Guru Besar jika menghadapi masalah pengangkutan dan kesihatan yang menyebabkan mereka tidak boleh kembali ke tempat bertugas.

3. Adakah semua guru perlu hadir bertugas di sekolah bagi membuat persediaan sebelum pembukaan semula sekolah?

Ya. Semua guru termasuk guru sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas apabila diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar bagi melakukan persediaan pembukaan sekolah.

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya guru gagal untuk ke sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan aleh Pengetua/Guru Besar?

Guru ialah peniawat awam yang tertakluk pada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 [PUA 395/93]

5. Adakah guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam tempoh persediaan sebelum sekolah dibuka semula?

Ya. Guru perlu melaksanakan PdP.

Mulai 24 Jun 2020


6. Adakah semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas di sekolah walaupun hanya murid kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang hadir ke sekolah?

Ya, seperti yang dijelaskan dalam soalan 1, semua guru perlu hadir bertugas
di sekolah untuk melaksanakan tugasan seperti yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

7. Apakah tugas guru yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan?

Guru perlu melaksanakan home-based learning sepanjang tempoh tersebut. Pendekatan PdP boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Pendekatan home-based learning ini  termasuk pengguanaan pelantar pembelajaran digital, percetakan kerja sekolah untuk murid dan lain-lain. Guru juga boleh membantu dari segi PdP bagi kelas untuk murid bagi kelas peperiksaan apabila perlu dan diarahkan dari semasa ke semasa di samping tugas-tugas lain yang berkaitan.

8. Adakah guru yang berimuniti badan yang rendah boleh bekerja dari rumah?

Bagi tujuan bekerja dari rumah, guru berimuniti badan yang rendah hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta dokumen sokongan kepada Pengetua/Guru Besar untuk pertimbangan selanjutnya.

9. Bagaimanakah kehadiran guru bagi sekolah dua sesi?

Kehadiran guru bagi sekolah dua sesi bergantung pada perancangan Pengetua/Guru Besar. Pengetua/Guru Besar boleh mengekalkan kehadiran guru hadir dua semi atau mengatur jadual kehadiran semua guru termasuk guru sesi petang untuk hadir ke sekolah pada sebelah pagi dengan mengambil kira aspek penjarakan sosial.

10. Bagaimanakah dengan kehadiran guru yang menghadapi masalah anak di bawah umur 12 tahun atau anak Orang Kurang Upaya (OKU) disebabkan oleh penutupan taska atau pusat jagaan kanak-kanak OKU, terutamanya apabila kedua-dua pasangan terpaksa bekerja?

Pengetua/Guru Besar boleh memberikan pertimbangan untuk guru bekerja dari rumah ataupun secara penggiliran jika guru berkenaan dalam kategori pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah atau anak berstatus OKU dan memerlukan penjagaan berterusan.

Walau bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang merupakan penjawat awam, hanya seorang (1) sahaja yang boleh menggunakan kemudahan bekerja dari rumah pada satu-satu masa sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka semula.

11 . Adakah guru boleh membawa anak ke sekolah jika menghadapi masalah?

Tidak boleh. Guru hendaklah berbincang dengan Pengetua/Guru Besar untuk mempertimbangkan keperluan bertugas di sekolah secara penggiliran dan fleksibel.

Sumber: KPM

soalan lazim kembali ke sekolah
soalan lazim kembali ke sekolah

أحدث أقدم