Garis Panduan Pengurusan Asrama Sekolah

garis panduan pengurusan asrama

Garis Panduan Pengurusan Asrama Sekolah ini digunakan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, warden, penyelia asrama dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa kesemasa


Sumber: KPM
أحدث أقدم