Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 15 Julai

pembukaan sekolah

Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 15 Julai. Keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, KPM sentiasa merujuk kepada KKM dan MKN. Berdasarkan situasi semasa penularan wabak COVID-19, KKM dan MKN bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat

Setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020

Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020. 


Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020. 
أحدث أقدم