Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2020

Berikut adalah Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang akan disambut pada 31 Ogos 2020 sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Tema Hari Kebangsaan 2020: Malaysia Prihatin


Tema Sambutan  pada tahun ini ialah Malaysia Prihatin. 

Malaysia membawa pengertian  bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

Prihatin mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. 

Logo Hari Kebangsaan 2020




Rasional Logo Hari Kebangsaan 2020

  • Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  • Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  • Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  • Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
  • 7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  • Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  • 5 Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa
logo malaysia prihatin



Download maklumat berkaitan dengan Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2020 yang telah disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam format PDF 



Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Untuk maklumat pantas, sila join telegram terbaru Cikgu Press https://t.me/cikgupress
أحدث أقدم