Ujian SEGAK Tahun 4 Hingga Tingkatan 4 Dibatalkan

ujian segal dibatalkan

Berdasarkan makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dimaklumkan bahawa ujian SEGAK bulan Oktober 2020 juga dibatalkan bagi murid Tahun Empat hingga Tingkatan Empat (berumur 10 hingga 16 Tahun).

Ujian SEGAK hanya dilaksanakan kepada murid Tingkatan Lima (berumur 17 Tahun) bagi tahun 2020.

Oleh yang demikian, tempoh pelaksanaan ujian SEGAK bagi murid Tingkatan Lima dilanjutkan sehingga 30 November 2020. Maklumat terperinci berkaitan pelaksanaan Ujian SEGAK bagi murid Tingkatan Lima adalah seperti dalam Lampiran A.

Ujian SEGAK perlu dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan Pelaksanaan SEGAK bulan Oktober 2020 seperti dalam Lampiran B.

أحدث أقدم