Data Internet Percuma 40GB Untuk Ahli NUTP

40GB data percuma nutp

YTL foundation (Yes 4G) dengan kerjasama NUTP telah menyediakan data internet percuma dengan kad SIM 40GB khas untuk ahli NUTP. Data internet percuma ini boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah akibat pandemik covid-19 bagi sekolah-sekolah yang ditutup. 

Cara memohon data 40GB percuma

  • Log in https://ytlfoundation.org/nutp
  • Tekan SIM & Data Percuma
  • Tekan Start
  • Tekan NUTP Free SIM ( pada LOGO NUTP)
  • Tekan Select Plan
  • Isi Maklumat yang diperlukan
  • Submit


Info data 40GB untuk ahli NUTP 

  1. Ahli NUTP boleh menggunakan data internet ini secara bebas tanpa terikat dengan apa-apa kontrak  dan ia boleh ditamatkan  pada bila-bila masa.
  2. Ahli-ahli NUTP yang telah mendapat  data internet ini tidak perlu menguruskan FROG atau apa-apa pengisian data KPM kerana ini adalah pemberian data percuma kpd ahli NUTP sahaja..
  3.  Data 40GB ini  diberikan percuma kepada ahli NUTP  utk "try coverage"
  4. Tiada "talktime" tetapi  penguna boleh call guna Whatsapp atau dengan apps lain. 
  5. Setelah habis data 40GB dan ahli ingin meneruskan langganan, mereka boleh membeli 30GB dengan topup melalui YES apps dengan harga  RM 15 sebulan.
  6. Melalui kad SIM ini, ahli NUTP boleh mendaftarkan seramai mungkin murid-murid dari keluarga B40 untuk membolehkan mereka mendapat telefon pintar percuma serta data internet percuma untuk tujuan belajar dari rumah. 

Mohon sekarang https://ytlfoundation.org/nutp

1 تعليقات

أحدث أقدم