Keputusan STAM 2020 Diumum 17 Jun 2021

 

keputusan stam 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasminya [moe.gov.my] memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM)  tahun 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.


Semakan Keputusan STAM 2020


Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian 
  2. Menerusi perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


1. Semak Keputusan Secara Dalam Talian


Semakan keputusan STAM dalam talian boleh dilakukan dengan melayari laman web di bawah untuk mendapatkan keputusan penuh


2. Semak Keputusan Secara SMS

Semakan keputusan STAM 2020 melalui SMS boleh dilakukan dengan dengan menaip STAM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 68886


Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.


Semakan calon yang tiada capaian internet


Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan


Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan


[Download] Kenyataan Media Keputusan STAM 2020


Sumber: KPM




أحدث أقدم