Pengambilan Khas PISMP Tahun 2021

pismp ambilan khas


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang berkelayakan, berpotensi, dan beriltizam untuk mengikuti program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 


  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. 


Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum. 


Syarat Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah. 


Syarat Tambahan

  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) : Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU): Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU. 


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan


  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU). 


Cara Memohon


  1. Iklan permohonan akan dikeluarkan di portal KPM, facebook KPM dan media massa pada 15 Julai 2021 di laman sesawang www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my.
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai (16 hingga 22 Julai 2021).
  3. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteriayang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).
  4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, Syarat Bidang serta Kalendar Aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (22 Julai 2021).
  6. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
  7. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  8. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. 


Sumber: KPM
أحدث أقدم