Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2022

sekolah seni 2022


Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.


Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.


Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima. Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. 


Cara Membuat Permohonan 

Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.


Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022 ialah pada 30 September 2021


sekolah seni 2022


أحدث أقدم