Penerangan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Tonton video penerangan tentang PBD yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dmuat naik melalui saluran youtube BPK. Melalui video ini, guru-guru boleh mengetahui dengan lebih jelas bagaimana melaksanakan pentaksiran kepada pelajar.

Sumber: BPK


أحدث أقدم