Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa ambilan 2022

Permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 akan dibuka pada 24 Disember 2021 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 21 Januari 2022 (Jumaat), pukul 5:00 petang dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2022. 

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.


Mohon di sini : ePenawaran

Baca 

  1. Syarat Permohonan HLP 2022
  2. Senarai Bidang Pengajian HLP 2022


Sumber: KPM

hlp 2022


أحدث أقدم