Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2022

 

biasiswa agong

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 

Peringkat Pengajian

Permohonan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 ini terbuka kepada warganegara Malaysia bagi mengikuti pengajian  diperingkat,

  • Sarjana (Penyelidikan) 
  • Doktor Falsafah (Ph.D) 

Bidang Pengajian

Antara bidang yang ditawarkan untuk permohonan biasiswa BYDPA ini ialah bidang 

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang undang 
  • Kewangan Islam. 

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 19 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022.

Cara Memohon

Permohonan biasiswa ini perlulah dilakukan secara online melalui laman rasmi JPA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersamasama dokumen dokumen sokongan yang berkaitan sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sumber: JPA
أحدث أقدم