Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik SPA

psikometrik spa


Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. 

Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.

Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap;

  • pekerjaan (job-fit)
  • organisasi (organization-fit) 
  • sifat kerja berpasukan (team-fit)

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Format Soalan Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi kebanyakan calon.

Ujian Psikometrik ini sebenarnya ujian yang paling mudah nak jawab. Kita hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Nampak mudah kan? TAPI.....ramai yang terperangkap dengan masa dan atitud suka hentam sebab tak cukup masa.

Ramai calon gagal dalam ujian ini walaupun ianya nampak mudah. Kegagalan calon dalam Ujian Psikometrik ini, akan menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan. Tak tahu nak prepare apa untuk Ujian Psikometrik Disember ini? 

Panduan Ujian Psikometrik SPA

Dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik, yang boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Banyak lagi tips dan trick yang kita kongsikan dalam rujukan PSIKOMETRIK Tim Infokerjaya yang anda boleh dapatkan di;


Susah nak terang semua. Rasanya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa di tanya dalam ujian ini. Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu;

  • tip jawab soalan
  • contoh soalan
  • cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda.

Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

Tiada jaminan untuk anda lulus dalam ujian SPiER dan Psikometrik ini. Tapi inshaAllah ianya akan membantu anda. Guna rujukan ini bangi membantu anda untuk lulus ujian ini

>>RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK<<

أحدث أقدم