Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2022

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

 "Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA" adalah tema sambutan hari guru 2022 yang dipilih pada tahun ini. 

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.

tema hari guru 2022



Sumber: KPM

أحدث أقدم