Keputusan SPM 2021 Pada 16 Jun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasminya [moe.gov.my] memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Kaedah Semakan Keputusan SPM

Melalui sekolah dan pos 

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

Semak Secara Online

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan SPM 2021 secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 16 Jun pada jam 10 pagi hingga 24 Jun jam 6 petang

Sistem pesanan ringkas (SMS)

Calon lepasan SPM 2021 juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM (jarak) NoKP (jarak) AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Sistem SMS ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022

keputusan spm 2021


أحدث أقدم