Pertandingan Penulisan Sajak Integriti 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui hebahan menerusi laman rasmi mengajak semua warga KPM untuk menyertai pertandingan penulisan sajak sempena sambutan Hari Intergriti KPM 2022.

Terma dan Syarat Pertandingan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka
  2. Pertandingan penulisan sajak adalah secara individu dan setiap peserta dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja
  3. Tema penulisan puisi adalah "Integriti Teras Keluarga Malaysia"
  4. Sajak yang dipertandingkan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja
  5. Menggunakan Microsoft Word dalam jarak langkau dua (Double Spacing) menggunakan huruf Time New Roman (Fonts 12)
  6. Merupakan hasil penulisan asli

Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan pertandingan penulisan sajak sempena sambutan Hari Intergriti KPM 2022 ialah pada 9 November 2022

Cara Mendaftar

Kepada warga KPM yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah scan QR Code pada infografik di bawah.

integriti


Sumber: KPM

أحدث أقدم