10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023

inisiatif KPM Hari Guru 2023


Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 inisiatif yang menjadi fokus baharu kementerian sempena Sambutan Hari Guru 2023 hari ini.

Inisiatif yang diumumkan oleh KPM diharap dapat membantu memperkasa kebajikan guru, mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat

Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023

1. Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalam dan orang asli.

3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.

4. KPM bersama-sama dengan Suruhanja Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.

6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.

7. Mempertingkat pesanan kumpulan Guru Insani Malaysia.

8. Mempertingkat peranan Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.

أحدث أقدم