Permohonan eGTukar Mula Dibuka 10 Pagi


Permohonan eGTukar Mula Dibuka 10 Pagi. Permohonan pertukaran guru antara negeri/bahagian, antara daerah dan dalam daerah sudah dibuka pada jam lebih kurang pukul 10.00 pagi tadi iaitu pada 18 Februari 2019.

Tinjauan cikgupress.com mendapati negeri-negeri yang susah untuk ditembusi sudah mula berlaku penambahan jumlah permohonan bagi sekolah rendah dan menengah.

Di Kelantan misalnya, pada tahun ini 3 PPD telah dibuka iaitu Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Menurut makluman, opsyen yang diperlukan di Kelantan dan beberapa negeri yang lain ialah Bahasa Inggeris bagi sekolah Rendah dan Menengah. Peluang bagi cikgu-cikgu yang opsyen Bahasa Inggeris adalah tinggi.

*setakat jam 11.00 pagi 18 Februari 2018



Baca juga Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)

Sebelum membuat permohonan cikgu-cikgu dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat umum permohonan pertukaran secara online dan melihat traffic light supaya senang untuk membuat pemilihan tempat pertukaran.

Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru (UPDATE)



  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

  2. Guru TIDAK BOLEH bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.

  3. KPM TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan

  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

  5. Semua jawatan yang disandang akan TERGUGUR apabila permohonan pertukaran diluluskan

  6. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.

  7. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan DIBATALKAN.

Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran



  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).

  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji

  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.

  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib

  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Semoga perkongsian tentang Permohonan eGTukar Mula Dibuka 10 Pagi 18 Februari 2019 ini memberi infomasi kepada semua guru dalam membuat permohonan pertukaran nanti.

Mohon di sini: ePGO 
أحدث أقدم