Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar).  eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.

  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.

  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.

  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)


Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 18 Februari 2019 hingga 27 Mac 2019 bagi pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020.

Permohonan pertukaran guru tahun 2019 boleh dibuat melalui https://epgo.moe.gov.my. Sebarang perubahan tarikh dari pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan dimaklumkan kemudian.

Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)*


Portal pertukaran guru secara online nampaknya akan dibuka beberapa hari lagi. Portal eGTukar ini akan kembali aktif kerana permohonan pertukaran guru secara online hanya akan dibuka sekali sahaja untuk sepanjang tahun. Permohonan pertukaran ini untuk sesi JUN 2019 dan JANUARI 2020.

Pelbagai alasan yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk membuat permohonan pertukaran selain dari alasan-alasan yang dinyatakan oleh pihak KPM di borang permohonan online. Alasan yang popular di bawah ini boleh digunakan untuk ruangan LAIN-LAIN ALASAN di  borang permohonan online. Semoga berjaya kepada semua,

Antara alasan popular untuk pertukaran guru secara online ialah



  1. Masalah kesihatan yang kronik (diri sendiri, pasangan, anak dan ibubapa)

  2. Tinggal berjauhan dengan suami/isteri (mengikut isteri atau suami)

  3. Ancaman keselamatan (bunuh, ugutan dan sebagainya)

  4. Masalah tekanan mental/ perasaan/ kemurungan

  5. Mempunyai masalah dengan pentadbir dan rakan sejawat

  6. Genap tempoh berkhidmat di daerah semasa (sekurang-kurangnya 4 tahun)

  7. Menjaga anak sakit (disahkan oleh pakar)

  8. Menjaga ibubapa yang sakit (disahkan oleh doktor)

  9. Tidak tahan berulang-alik dari rumah ke sekolah (100km sehari)

  10. Masalah kewangan/hutang

  11. Tidak tahan dengan kerenah pihak pentadbir

  12.  Meningkatkan motivasi dan potensi diri di sekolah lain

  13. Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

  14. Mahu berkhidmat di daerah/negeri sendiri

  15. Mengajar terlalu lama di sekolah semasa

  16. Terlalu lama mengajar di sekolah bandar/pedalaman

  17. Krisis rumah tangga (bercerai, gaduh, konflik)

  18. Masalah membina hubungan dengan rakan sejawatan

  19. Tiada hati untuk mengajar jika masih di sekolah lama

  20. Tidak tahan dengan karenah ibubapa murid

  21. Masalah tiada penginapan/rumah sewa

  22. Taraf hidup yang terlampau tinggi di sesetengah tempat

  23. Kurang kemudahan di sekolah semasa (air, line telefon, jalan raya dll)


*berdasarkan soal selidik secara online terhadap guru2 yang telah lulus pertukaran sebelum ini

Wajaran Pertukaran Guru (Alasan Pertukaran)


Di dalam borang online pertukaran guru semasa memohon pertukaran, akan ada ruangan alasan memohon pertukaran. Guru -guru boleh klik alasan pertukaran yang mana sesuai dengan masalah mereka semasa memohon pertukaran sama ada alasan yang dinyatakan oleh KPM atau pun guru-guru boleh klik LAIN-LAIN alasan. Untuk alasan LAIN-LAIN, guru-guru bolehlah menulis alasan popular seperti di atas yang telah dinyatakan.

Permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang kronik, kekosongan jawatan di negeri atau daerah semasa dan keperluan perkhidmatan. Faktor kelulusan pertukaran juga bergantung kepada wajaran pertukaran (point) di jadual wajaran pertukaran guru di bawah yang dikongsikan oleh pegawai di bahagian pertukaran menerusi facebook.

Baca Juga Permohonan Pertukaran Guru Dibuka 18 Februari 2019



Guru-guru yang memohon perpindahan bolehlah menggunakan jadual wajaran pertukaran ini sebagai rujukan sebelum menulis alasan-alasan pertukaran nanti.

Tips Sempena Mengisi Permohonan eGTukar


Sempena pertukaran guru  nanti, pemohon diingatkan supaya mengisi maklumat dengan lengkap. Di bawah adalah beberapa tips sempena mengisi permohonan yang dikongsikan oleh pegawai dibahagian pertukaran iaitu Encik Hasmadi Hamdan.

  • EGTukar akan dibuka pada bulan Februari 2019.. Pemohon dinasihati mengisi dengan lengkap.

  • Bagi yang mengemukakan alasan sakit, sila dapatkan sijil sakit asli daripada pakar hospital kerajaan.

  • Bagi meluaskan peluang untuk balik dari Sabah dan Sarawak, mohon ke Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

  • Bagi yang mengemukakan alasan ancaman keselamatan, sertakan laporan siasatan polis, bukan salinan repot polis. Ancaman keselamatan bermaksud ancaman daripada suspek yang dikenali. Contohnya bekas suami.

  • Pemohon dinasihati memohon langsung kepada BPSH tanpa mendapat surat sokongan daripada ahli-ahli politik atau mana-mana pihak.

  • Bagi permohonan ex-parte (sebelah pihak), mohon disertakan surat kebenaran dan/atau surat sumpah daripada pasangan.

  • Perjawatan bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu amat terhad.


Semakan Maklumat Pemohon Menerusi eGTukar


Semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran ,sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing atau pejabat pendidikan daerah/ jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing. Semak sini https://eoperasi.moe.gov.my/

Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru (UPDATE)



  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

  2. Guru TIDAK BOLEH bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.

  3. KPM TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan

  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

  5. Semua jawatan yang disandang akan TERGUGUR apabila permohonan pertukaran diluluskan

  6. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.

  7. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan DIBATALKAN.


Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran



  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).

  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji

  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.

  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib

  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat


Semoga perkongsian tentang Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar) ini memberi infomasi kepada semua guru dalam membuat permohonan pertukaran nanti.

Mohon di sini: https://epgo.moe.gov.my/

Untuk infomasi terbaru yang cepat dan pantas? Jangan lupa subscribe channel terbaru telegram kami https://t.me/cikgupress