Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Kanak-Kanak


Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Kanak-Kanak .Senarai Semak Pengesanan (SSP) Perkembangan Bayi atau Kanak-Kanak (0–6 tahun) bagi mengenal pasti dengan tepat tahap perkembangan murid.

SSP yang dihasilkan adalah berpandukan kepada pencapaian perkembangan (developmental milestone) normal kanak-kanak mengikut tahap umur. Perkembangan adalah perubahan yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Perkembangan juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran seseorang individu. SSP merangkumi enam bidang kemahiran utama berdasarkan perkembangan kanak-kanak termasuk kemahiran motor, melihat, mendengar, pertuturan dan bahasa, sosial dan kognitif.

SSP merupakan satu instrumen penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru, ibu bapa/ penjaga kanak-kanak sama ada secara pemerhatian formal atau tidak formal. Ia mengandungi 2 set penilaian iaitu SSP untuk bayi yang berumur 0 hingga 18 bulan dan SSP untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun. Penilaian ini boleh memberi gambaran awal tentang perkembangan kanak-kanak dan membantu penilai mengenal pasti ciri-ciri ketidakupayaan kanak-kanak (jika ada).

Maklumat yang diperoleh daripada hasil penilaian ini dapat digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan bayi atau kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak tidak mencapai perkembangan sepatutnya pada tahap umur tertentu, ini merupakan suatu indikator berlakunya kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak tersebut.

Oleh yang demikian, kanak-kanak ini dapat dirujuk kepada pakar perubatan melalui perbincangan dan persetujuan ibu bapa/ penjaga dengan kadar segera. Sejajar dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008, Seksyen 36 (1b), SSP dibina bagi memastikan pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat dapat dijalankan bagi mengelakkan ketidakupayaan yang lebih ketara.

Pengesanan awal perkembangan bayi atau kanak-kanak adalah satu penilaian yang dilakukan kepada kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Ia merupakan satu proses yang penting dalam usaha mengurangkan atau mengelakkan ketidakupayaan yang berpanjangan pada peringkat awal perkembangan.

Download di SINI


Sumber: KPM

أحدث أقدم