Cara Betul Mengisi Borang Keberhasilan

garis panduan keberhasilan


Penilaian keberhasilan merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Penilaian keberhasilan menyumbang kepada 10% wajaran di dalam markah PBPPP. 

Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga elemen berikut perlu dipertimbangkan secara profesional semasa membuat penilaian sasaran keberhasilan yang telah ditetapkan iaitu:

Baca Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan

Antara elemen yang dipertimbangkan ialah

  • Usaha - inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan
  • Kesungguhan - berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati
  • Keberkesanan tugas - hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi

Kaedah Penulisan Sasaran

Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada tugas-tugas yang dilaksanakan.

Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan, kriteria-kriteria berikut boleh digunakan

a) Mempunyai Kata Kerja

Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya

b) Mempunyai Penyataan Ukuran

Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Penyataan ukuran boleh mengandungi:

  • Kuantiti
  • Kualiti
  • Kos
  • Masa

c) Mempunyai Tujuan Sasaran

Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja.

d) Peringkat Sasaran (jika perlu)

Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai.

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Mengikut Kaedah Penulisan

penulisan keberhasilan

penulisan keberhasilan


Contoh Kesalahan Penulisan Sasaran Keberhasilan

penulisan keberhasilan

penulisan keberhasilan


Garis Panduan Lengkap Pelaksanaan PBPPP (Keberhasilan)

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) yang menerangkan secara khusus terma, syarat, kaedah pelaksanaan penilaian keberhasilan boleh dimuat turun melalui laman rasmi ePrestasi yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mengisi keberhasilan


Sumber: KPM

أحدث أقدم