Penawaran Biasiswa ASEAN Fellowship For PhD


Penawaran Biasiswa ASEAN Fellowship For PhD. Melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), satu tawaran biasiswa telah ditawarkan oleh Kerajaan India kepada calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD).


Kerajaan India telah melancarkan program ASEAN Fellowship for PhD pada 16 September 2019 bagi mengukuhkan hubungan kerjasama di antara India dan negara-negara ASEAN. Menerusi program ini, Kerajaan India telah menawarkan sebanyak seribu (1000) peluang biasiswa kepada warganegara ASEAN bagi melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di mana-mana India Institutes of Technology (IIT).

Permohonan biasiswa ini adalah secara atas talian menerusi pautan SINI dan tarikh permohonan adalah dari 17 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Bersama-sama ini disertakan brosur rasmi berhubung penawaran ASEAN Fellowship for PhD at Indian Institutes of Technology (IIT) untuk rujukan jua.

Muat Turun


Sumber: KPM
أحدث أقدم