Pengambilan Guru Interim Tahun 2020


Melalui portal Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP),  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim di:

  1. Sekolah Kebangsaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi.


Permohon yang melepasi syarat-syarat bolehlah memohon untuk menjadi guru interim ini. Permohonan ini dibuka mulai 23 September 2019 hingga 30 September 2019.

Langkah Permohonan Guru Interim

  • Daftar permohonan baharu (KLIK SINI)
  • Log masuk permohonan (sila gunakan no.kp & kata laluan yang didaftarkan
  • Sila lengkapkan maklumat permohonan (semak kelayakan, permohonan, pengesahan)


Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab individu pemohon untuk memastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.

Muat turun

Sumber: PDPP, KPM
أحدث أقدم