Guna Aplikasi Google Classroom Sempena Cuti


Ini adalah masa yang sesuai untuk Guna Aplikasi Google Classroom Sempena Cuti Sekolah. Semalam, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita sekarang.

Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan semua sekolah kerajaan ditutup sehingga 31 Mac 2020. Penutupan sekolah sehingga 31 Mac 2020 mungkin menganggu perancangan aktiviti sekolah. Namun begitu, penutupan sekolah bukan bererti pelajar tidak boleh mendapatkan akses ilmu dari guru.


Inilah masa yang sesuai digunakan oleh guru-guru untuk mencuba benda baru iaitu menerapkan unsur teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pada masa ini, Cikgu Press mencadangkan guru-guru menggunakan platform Google Classroom dan Youtube bagi menyampaikan maklumat ataupun memberi latihan kepada pelajar.

Baca 16 Aplikasi Interaktif Dalam PAK21

Guru-guru boleh merakam video PdP dengan menggunakan telefon pintar dan memuat naik video melalui channel youtube masing-masing. Link video PdP yang telah diupload di youtube bolehlah di kongsikan melalui Google Classroom kelas masing-masing.

Selepas pelajar menonton video PdP tersebut, mereka boleh lah menjawab dan membincangkan soalan melalui Google Classroom.

Mungkin terdapat kengkangan untuk menggunakan Google Classrom dan youtube seperti ada pelajar yang tiada telefon, tidak mempunyai capaian internet atau pun capaian internet yang pelahan. Namun begitu, masalah ini mungkin tidak berlaku pada kesemua pelajar dalam setiap kelas.

Perkongsian video PdP juga boleh dibuat dengan menggunakan sosial media yang lain seperti whatsapp ataupun telegram.

Ini adalah satu contoh pembelajaran yang boleh diaplikasikan sempena cuti kawalan pergerakan. Walaupun cuti, pelajar boleh mengakses maklumat, bertanyakan soalan dan sebagainya. Nampak ringkas sahaja pembelajaran ini, tetapi boleh memberi kesan yang positif terhadap pengetahuan murid. Sekali sekala boleh lah mencuba kaedah PdP yang berlainan.


أحدث أقدم