Sekolah Ditutup Sehingga 31 Mac 2020

Sumber Infografik: KKM

Sempena Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia.

Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti.

Baca Perintah Kawalan Pergerakan

Oleh yang sedemikan, semua sekolah di seluruh Malaysia akan ditutup sehingga 31 Mac 2020
أحدث أقدم