Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah

pengoperasian surau sekolah

Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:
  • Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020); 
  • surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri bawah naungan rajaraja dan enakmen negeri; dan
  • surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa

Muat turun Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah untuk rujukan pihak sekolah

Sumber: KPM
أحدث أقدم