Soalan Lazim (FAQ) Pengoperasian Surau Sekolah

pengoperasian surau sekolah

Adakah penggunaan surau sekolah dibenarkan?
Ya, untuk solat dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Adakah orang luar dibenarkan solat di surau sekolah?
Tidak. Surau sekolah hanya dibenarkan untuk murid, guru, warga sekolah dan individu seperti berikut:
  • imam, bilal dan ahli jawatankuasa surau yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau komuniti untuk mengendali urusan solat Jumaat di surau sekolah;
  • pekerja kontrak kebersihan;
  • pekerja kantin sekolah;
  • pekerja perkhidmatan makanan bermasak di asrama; dan
  • pengawal keselamatan.

Adakah aktiviti kuliah atau pengajian kitab dibenarkan di surau sekolah?
Tidak, kecuali aktiviti PdP

Adakah aktiviti korban boleh dianjurkan di surau sekolah?
Tidak. 
Previous Post Next Post