spm 2020


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasminya [moe.gov.my] memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.


Semakan Keputusan SPM 2020


Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian 
  2. Menerusi perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


1. Semak Keputusan Secara Dalam Talian


Semakan keputusan SPM dalam talian boleh dilakukan dengan melayari laman web di bawah untuk mendapatkan keputusan penuh


2. Semak Keputusan Secara SMS

Semakan keputusan SPM 2020 melalui SMS boleh dilakukan dengan dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 68886


Perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui SMS ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.


Semakan calon yang tiada capaian internet


Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan


Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan


[Download] Kenyataan Media Keputusan SPM 2020


Sumber: KPM




Post a Comment