PdPR Selama 25 Hari Bermula 13 dan 14 Jun

pdpr 2021


Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bermula 13 Jun bagi kumpulan A dan 14 Jun bagi kumpulan B berdasarkan sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin sebentar tadi. 


PdPR yang dijangka  akan bermula selepas cuti pertengahan tahun ini akan berlangsung untuk tempoh 25 hari sehingga 16 Julai dan 17 Julai.


[Baca] Intipati Sidang Media Khas KPM : PdPR Disambung 13 Jun

Menurut Menteri Kanan Pendidikan,  Semua sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ini mengikut takwim masing-masing.





أحدث أقدم