3 Prinsip Kelulusan Pertukaran Guru

prinsip lulus pertukaran


Pada bulan September yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2021 dan Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Sekolah Dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.


Download : SPI Bil 7 Tahun 2021  Download


Dengan adanya Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) terbaru ini maka SPI sebelum adalah dibatalkan. 

  • Surat Pekeliling Ikhtisas  Bil 3/75: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru [9 Mei 1975]
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1978: Tarikh Bagi Pertukaran Guru-Guru [21 Mac 1978]

Melalui Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Sekolah Dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. yang telah dikeluarkan oleh KPM, KPM telah mengariskan 3 prinsip asas pertukaran iaitu, 

Prinsip Asas Pertukaran


Bagi tujuan pertimbangan kelulusan permohonan pertukaran PPP, tiga (3) prinsip asas yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

(i) Kekosongan Jawatan


Kelulusan permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan di negeri atau daerah yang dimohon.

(ii) Keperluan Opsyen


Kelulusan permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada keperluan opsyen di negeri atau daerah yang dimohon.

(iii) Kepentingan dan Keperluan Perkhidmatan


Kelulusan permohonan pertukaran adalah mengambil kira kepakaran dan keperluan di sekolah atau kolej vokasional, khususnya bagi PPP yang mata pelajaran khusus atau mata pelajaran yang memerlukan kelayakan khas.

Pertukaran Atas Permohonan Pegawai


Selain itu, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kategori berikut:


Kategori 1: Kesihatan


PPP/suami/isteri/anak menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan berterusan dan bergantung kepada ubat-ubatan. Permohonan pertukaran perlu disokong dengan laporan perubatan dan disahkan oleh pakar perubatan hospital Kerajaan. Tempoh sah laporan perubatan tersebut adalah tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh laporan perubatan dikeluarkan.

Kategori 2: Keselamatan


PPP/suami/isteri/anak menerima ancaman keselamatan. Permohonan pertukaran perlu disokong dengan laporan polis dan Pemberitahuan Penyiasatan Kes Polis Diraja Malaysia. Tempoh sah laporan tersebut adalah tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh Pemberitahuan Penyiasatan Kes dikeluarkan.

Kategori 3: Pasangan Suami/Isteri Berjauhan


PPP yang tinggal berjauhan dengan suami/isteri:
  • Permohonan pertukaran untuk mengikut suami/isteri atas arahan perkhidmatan perlu disokong dengan surat rasmi Arahan Pertukaran daripada majikan suami/isteri.
  • Permohonan pertukaran untuk mengikut suami/isteri di negeri atau daerah yang dimohon perlu disokong dengan dokumen sokongan keberadaan suami/isteri di negeri atau daerah yang dimohon.


Kategori 4: Lain-Lain


PPP boleh memohon pertukaran di bawah kategori ini sekiranya permohonan PPP tidak tergolong dalam kes permohonan kategori 1 hingga 3. Sebagai contoh, permohonan pertukaran secara bersama oleh PPP dan suami/isteri yang tinggal bersama atau tinggal berasingan ke negeri atau daerah yang dimohon.

Tarikh Kuat Kuasa

SPI ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.


Bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang tatacara pertukaran dan syarat-syarat, cikgu-cikgu boleh membaca SPI yang baru dikeluarkan bersama dengan Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Sekolah Dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia

Download : SPI Bil 7 Tahun 2021  Download

إرسال تعليق

أحدث أقدم