Keputusan eGTukar Pada 6 Disember 2021

 

result egtukar 2022

Semakan keputusan pertukaran antara bahagian/antara  negeri  serta pertukaran antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2022 boleh disemak melalui modul pertukaran guru (eGtukar) seperti ketetapan berikut;


  • Pertukaran Antara Bahagian / Antara Negeri Pada 06 Disember 2021
  • Pertukaran Antara Daerah Dan Dalam Daerah Pada [Kemaskini]
  • Keputusan Penempatan Antara Bahagian / Antara Negeri Pada  [Kemaskini]


Menurut Dr. Radzi Jidin menerusi facebook, semakan pertuakaran dalam modul eGTukar boleh dilakukan pada 6 Disember.


Sumber video: Facebook Dr. Radzi Jidin


Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah


  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Semakan Pertukaran


Semakan permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2022 boleh dilakukan melalui pautan epgo.moe.gov.my

Analisis Permohonan eGTukar 


Berdasarkan statistik di portal eGTukar, Kelantan dan Terengganu masih menjadi negeri yang mempunyai permohonan masuk yang paling tertinggi bagi sekolah rendah dan menengah. Manakala permohonan keluar banyak berlaku di Johor dan Selangor bagi sekolah rendah dan menengah untuk sesi Januari 2022.

أحدث أقدم