Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Bersemuka Mulai Isnin

sukan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media memaklumkan bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah yang melibatkan guru serta murid sekolah berkenaan adalah dibenarkan mulai 21 Mac 2022.


KPM telah membuat beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. Ini adalah termasuklah membenarkan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah.


Dalam hal ini, guru/jurulatih/pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin. 


Annex berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan  Download


KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti/pertandingan/kejohanan sukan dan kokurikulum namun pelaksanaannya adalah terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid/guru/jurulatih/pengajar sekolah berkenaan sahaja.


Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapat kebenaran KPM. Dalam hal ini, KPM berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti/pertandingan sukan dan kokurikulum jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan KPM.


KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.


Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat. KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. 


Download kenyataan media tentang Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Secara Bersemuka  Download


Sumber: KPM

أحدث أقدم