Program Transisi Tahun Satu 2.0

transisi tahun 1


Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.


Berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan 1 tahun 2022 yang bertarikh 7 Mac 2022, Mesyuarat profesional KPM memutuskan supaya PTTS 2.0 dilaksanakan selama 4 minggu.


Muat turun surat siaran PTTS 2.0  Download


PTTS 2.0 dilaksanakan bagi murid tahun satu mulai minggu pertama sesi baharu persekolahan. Tempoh ini dimanfaatkan bagi memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani dan tahap penguasaan perkembangan kongnitif.


Fasa Pelaksanaan PTTS 2.0 Tahun 2022/2023


Pelaksanaan dan pengisian PTTS 2.0 bagi tempoh empat minggu adalah seperti berikut


  • Fasa penyesuaian dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan. Penekanan dari aspek sosiemoasi, kognitif fan jasmani perlu diberi kepada murid bagi meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
ptts 2.0 fasa 1


  • Fasa kesediaan pula dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan untuk memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya
ptts 2.0 fasa 1

Maklumat lanjut sila rujuk Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0

Pengenalan PTTS 2.0 Tahun 2022/2023

PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan.

 
Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid.


Kerangka konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1. PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke
pembelajaran seterusnya di Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1.


Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2.0

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) ialah:

  • Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal.
  • Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
  • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
  • Membantu murid mengurus diri sendiri.
  • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.


Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0


Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 untuk dijadikan panduan kepada sekolah dalam melaksanakan program transisi untuk murid tahun satu.


Download Kit Program Transisi Tahun satu 2.0 Download 


Sumber / Link : KPM / BPK
أحدث أقدم