Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2022

Permohonan kemasukan ke tingkatan 6 sekolah berasrama penuh tahun 2022 di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SM Agama Persekutuan Labu telah dibuka bermula 22 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022. 

Syarat Permohonan

  1. Terbuka kepada  warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya gred C.
  4. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab sekurang-kurangnya gred C.
  5. Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya  gred C dalam mata pelajaran  Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah  Islamiah/ Pendidikan  Al-Quran  dan Al-Sunnah / Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;
  6. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik.
  7. Umur calon tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

Cara Membuat Permohonan


Permohonan kemasukan ke tingkatan 6 di  Kolej Islam Sultan Alam Shah SM Agama Persekutuan Labu boleh dilakukan secara online melalui pautan ini http://moe.bpsbp.edu.my/PERMOHONANT6SBP2022

Sebelum membuat permohonan, pastikan calon,

  • Pastikan calon mempunyai akaun gmail sebelum membuat permohonan.
  • Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
  • Sila baca dengan teliti sebelum mengisi maklumat yang diminta.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses.
  • Calon SPM 2021 boleh mengisi permohonan pada 22 Jun 2022 selepas keputusan SPM 2022 diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2022.

Makluman dan perhatian


  1. Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan;
  2. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu akan dihantar kepada calon yang berjaya melalui email yang diberikan.
  3. Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan dan dihantar ke email pengarah.bpsbp@moe.gov.my bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022

** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan enam.

Portal Rasmi
https://www.mpm.edu.my/

Sumber: KPM

tingkatan 6




Previous Post Next Post