Ramai yang mengeluh kerana soalan matematik kertas 1 ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) 2018 adalah sukar untuk sesetengah pelajar. Ramai pelajar tidak boleh menjawab soalan yang diterapkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sejauh mana soalan ini KBAT? Jom baca kupasan analisis soalan matematik kertas 1 UPSR oleh Cikgu Nurul. Terima kasih kerana berkongsi info ini.

Diperolehi dari facebook Cikgu Nurul

Kertas 1 soalan mudah JIKA pelajar betul-betul mahir congak, menganggar, dan faham soalan di dalam ayat penyelesaian masalah. Masalah juga muncul disebabkan pelajar tak faham dengan penggunaan ayat di dalam soalan penyelesaian masalah.

Hanya 13 soalan sahaja sebenarnya mereka perlu buat jalan kira, selainnya boleh congak/anggar. Tetapi bagaimana pelajar nak kuasai kemahiran ini pula? Perlu banyak latihan, biasakan dengan pattern soalan macam mana yang boleh congak dan anggar ini.

Ada bengkel/seminar yang mengajar kaedah ini.

Pelajar terpaksa ikut level pembelajaran yang agak tinggi sekarang. Memang kasihan, tapi nak buat macam mana, terpaksa ambil langkah untuk "kejar" sistem sekarang.