Cadangan Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan

hari kebangsaan 2022

Gambar: 1001ucapan.com

Setiap tahun pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyambut bulan kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.

Sempena pelancaran sambutan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah, tidak lengkap jika pelancaran bulan kemerdekaan tanpa GIMIK.

Hari ini, Cikgu Press ingin kongsikan cadangan gimik yang boleh digunakan sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Antara cadangan gimik pelancaran ialah...

Cadangan Gimik Kemerdekaan


  1. Melepaskan burung merpati dari sangkar
  2. Membuat aksi, lakonan atau simulasi tentera menentang penjajah (Mat Kilau dll)
  3. Membuat persembahan silat
  4. Memotong riben
  5. Memotong belon
  6. Memotong kek
  7. Memotong banner 
  8. Melancarkan roket air (parachute dibuat dari bendera Malaysia)
  9. Menyelesaikan puzzle berbentuk bendera Malaysia
  10. Membuat tugu negara selepas berlaku peperangan antara tentera dan penjajah
  11. Kawad kaki sambil pelajar membawa bendera 
  12. Tangan berapi
  13. Pertunjukkan fesyen kemerdekaan
  14. Memecahkan ais yang di dalamnya ada bendera Malaysia
  15. Menyayi/ koir lagu kemerdekaan
  16. Pertunjukkan animasi/grafik kemerdekaan
  17. Larian merdeka sambil membawa obor
  18. Kayuhan basikal merdeka
  19. Pertunjukkan Jet (boleh dibeli di shopee)
  20. Pertunjukkan  Robotik (Robot membawa bendera dan lain-lain)

Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang gimik yang sesuai untuk pelancaran bulan kemerdekaan dan hari kebangsaan pada tahun 2022.Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.

Previous Post Next Post